Tuesday, October 22, 2013

Tips Murah dan Limpah Rezeki

Ini adalah sebahagian daripada nasihat serta tips supaya dimurahkan dan dilimpahkan rezeki kita. Ia diperolehi daripada pembacaan serta hamba-hamba Allah yang suka dan tidak lokek berkongsi kesenangan mereka kepada penulis.


  1. Waktu-waktu doa kita dimakbulkan ( hujan, guruh, jam 3.30 pagi)
  2. Depangkan tangan ketika berdoa untuk menunjukkan kita bersungguh-sungguh mahukannya. Biasanya kita cuma menadah sahaja, jangan malu-malu kucing.
  3. Ada akak buat bisnes homestay ni bgtau baca Yasiin setiap hari dan Solat Dhuha pada pukul 12:00 tgh supaya dimurahkan dan dilimpahkan rezeki.
  4. Jangan lupa waktu Solat Jumaat adalah waktu yang haram berjual beli bagi umat Islam tidak kira muslimin maupun muslimat. Bayangkan berapa banyak keberkatan rezeki yang hilang sebab kita sengaja melupakannya.
Memang susah nak amalkan setiap perkara di atas secara konsisten. Gambate.

Petua atuk kalau suka/nak kawen target men/girl


Kalau suka kat seseorang dengan niat baik atuk suh bacakan ni, tips untuk kawan2 yang belum kawen...hehe, bacakan ini ke arah orang itu:

Terhentak tergenting
Berderai atas batu
Terberak terkencing
Sampai Kiamat ikut aku

Atuk akan halau sape2 yang nak kawen 2, biarlah satu-satunya masjid yang sudah didirikan bahagia dunia akhirat.Amiin..Atuk dpt ayat ni dari nenek dia berketurunan Melayu. Mintalah pada Allah dalam bahasa yang kita fahami kerana lebih kuatlah kita tunhjukkan padaNya keinginan kita itu, berbanding cakap Arab atau English tapi habuk tak paham, ngikut je. hehe.

Sunday, October 20, 2013

Doa mengurangkan pening kepala

TIPS 1
Bacakan ayat ini dan tiupkan di dalam air:

1. La Yusoddauna anha wa la yun zifuun ( 3 kali )

2. Selawat 3 kali



TIPS 2
Bacakan Al-Fatihah 9 Kali dan usapkan (bayangkan bahagian tubuh yang diniatkan untuk diubati) seluruh kepala.



Pengalaman Makan di Qingdao, China

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke China untuk mengikuti Summer School di First Institute of Oceanography, Qingdao. Pos kali ini adalah pengalaman mengenai makanan di China semasa bulan Ramadhan yang lalu. Seorang Muslim semestinya mementingkan sumber makanannya samada halal atau tidak. Terdapat banyak perkara yang tidak dapat dilupakan. Air minuman seperti air mineral dan jus oren mudah didapati. Pada mulanya, saya tak minum air bergas seperti Coca-Cola dan Pepsi sebab dikhuatiri ada sedikit alkohol tetapi sebab ia dihidangkan di restoran Muslim Cina, saya pun minum je.

Restoran yang halal?

Ada 2 restoran Cina yang halal satu berhadapan FIO, satu lagi lebih kurang 2,3 blok jauh. Restoran ini ada tulisan jawi yang membuatkan saya lebih berkeyakinan nak makan.  Makanan seperti mee daging lebih kurang 12 Yuan (~RM 6) nasi goreng dengan jeruk sayur 10 Yuan. Pernah penganjur sediakan bankuet tetapi statusnya amat meragukan walaupun mereka meyakinkan ada makanan halal. Kalau ada jual babi dan tuntung, kura-kura dan babi itu tak halallah sedara. Apapun saya makan juga nasi berlaukkan sayur dan ikan sebab sudah terlalu lapar dan kedai Muslim itu sudah tutup.

Budaya minum teh hijau

Satu budaya yang diperhatikan adalah mereka gemar meminum teh hijau. Ramai di kalangan orang China membawa bekas air yang mengandungi teh di dalamnya. Ada banyak water filter dan air panas untuk memudahkan mereka sentiasa minum teh hijau. Tabik, tabik.

Doa Kebal & Elak Gangguan Syaiton

Ini semua petua dari atuk yang saya pergi jalan-jalan cari ubat. Dengan izin Allah, doa-doa ini akan berkesan. Mintalah segala pertolongan dari Allah.

Doa kebal dan menghalang gangguan syaiton :


Kemudian baca dengan kuat:



Selepas itu teruskan membaca:


Teruskan dengan membaca :


Habiskan dengan menyebut sirep (3 kali)

Dikisahkan masa perang Indon dulu, ada pejuang baca ayat 9 di atas dan tak lut peluru serta senjata. Atuk tu pun cakap kalau nak lepas dari polis bawak mercun pun boleh.

Tuesday, June 4, 2013

Halal dan Haram

Apa pandangan anda jika membeli apom lenggeng kat makcik India? Memang makanan itu halal tetapi macamana dengan orang yang membuatnya?  Ia berbalik kepada pembuatnya yang bukan Muslim itu sendiri. Saya pernah katakan seperti di kedai buah milik Cina bukan Muslim, mereka meminum arak, memakan daging babi, berhadas kecil merata - rata dan tidak menutup aurat. Peralatan yang mereka gunakan pastinya telah dicemari. Buah-buahan potong dan apom lenggeng itu memang halal tetapi disediakan oleh mereka ini. Saya kasihan pada Muslim yang tanpa segan silu dan tanpa was-was memakan buahan potong atau makanan di kedai mereka. 

Monday, May 13, 2013

Belilah Buah Potong Di Sini

Buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan sangat sedap, namun berapa ramai yang mempedulikan keberkatannya. Saya tidak menyuruh anda memboikot tetapi wajib prihatin terhadap status makanan kedai tersebut. Kenapa agaknya saya tidak mengizinkan anda membeli buah potong yang dijual bukan Islam. Ini adalah pengalaman saya:
  1. Mereka minum arak seperti bir tanpa segan silu, sampaikan kadang-kadang pembeli Muslim pun buat tak kisah.
  2. Mereka kadangkala berhadas kecil tanpa membasuh dengan bersih.
  3. Kita juga harus ingat mereka juga memakan makanan yang tidak halal seperti babi, katak dsb.
  4. Pakaian yang tidak menutup aurat.
Mungkin kalau sudah terpaksa atau buah-buahan yang diingini tidak ada di kedai Muslim, belilah dan potong sendiri sebab semestinya kita tak tahu sebelum ini pisau mereka digunakan untuk memotong apa. Contohnya anda berada di luar negara seperti China yang bermajoriti bukan Islam, kita beli buah atau bahan mentah yang halal tetapi potong sendiri, tiada masalah pun.

Memang ada segelintir orang Islam yang kurang penjagaan kebersihannya tetapi kita boleh menegur mereka dengan harapan mereka sedar dosa dan pahala. Kita juga banyak kelemahan seperti kurang mesra dengan senyuman, culas dengan zakat, tidak solat atau lambat, tidak kreatif maupun proaktif dsb.

Kuasa beli anda penting dalam mempertingkatkan ekonomi umat Islam.

Tempat Makan Yang Terpilih

Ada beberapa ciri yang aku pilih sebagai tempat terbaik untuk dikunjungi seperti harga yang berpatutan dan santai tetapi yang penting mesti sedap dan service tak lambat sangat. Berikut adalah senarai tempat-tempat makan yang aku rekomen:
  1. Batu Pahat - ABC depan Bas Stand, Mee Bandung Odeon
  2. Muar - Mee Bandung Pak Kassim dekat Maahad Muar, Makan malam di Bentayan, Makanan laut kat Sabak Awor
  3. Perlis - Makanan laut di Kuala Perlis, Masakan kampung dekat Mata Ayer
Ada banyak tempat makan BP yang popular macam beriyani gam dekat Peserai, asam pedas belakang KFC Jalan Zabedah tapi bukak pagi sahaja, cendol mamak kat pasar besar, sate dekat tepi sungai dsb tapi aku kurang minat sebab dah biasa makan dan tak berkeinginan sangat. Aku pun bukan rajin sangat makan luar kalau ka sini.

Kalau negeri-negeri lain biasanya aku singgah-singgah sahaja tapi tak ingat nama kedai. Kalau panjang umurnya aku post lah ye.

Mungkin untuk post yang seterusnya aku letak sekeping dua gambar sebagai bukti pembelian di kedai makan tersebut.