Ada beberapa ciri yang aku pilih sebagai tempat terbaik untuk dikunjungi seperti harga yang berpatutan dan santai tetapi yang penting mesti sedap dan service tak lambat sangat. Berikut adalah senarai tempat-tempat makan yang aku rekomen:
- Batu Pahat - ABC depan Bas Stand, Mee Bandung Odeon
- Muar - Mee Bandung Pak Kassim dekat Maahad Muar, Makan malam di Bentayan, Makanan laut kat Sabak Awor
- Perlis - Makanan laut di Kuala Perlis, Masakan kampung dekat Mata Ayer
Ada banyak tempat makan BP yang popular macam beriyani gam dekat Peserai, asam pedas belakang KFC Jalan Zabedah tapi bukak pagi sahaja, cendol mamak kat pasar besar, sate dekat tepi sungai dsb tapi aku kurang minat sebab dah biasa makan dan tak berkeinginan sangat. Aku pun bukan rajin sangat makan luar kalau ka sini.
Kalau negeri-negeri lain biasanya aku singgah-singgah sahaja tapi tak ingat nama kedai. Kalau panjang umurnya aku post lah ye.
Mungkin untuk post yang seterusnya aku letak sekeping dua gambar sebagai bukti pembelian di kedai makan tersebut.
eeeee...sedapnye...bawak la i mkn kat semua kedai2 yg awak bgtau ni..hehe..
ReplyDeleteHaha.. same2 mengomen ea syg...
ReplyDelete