Monday, May 13, 2013

Belilah Buah Potong Di Sini

Buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan sangat sedap, namun berapa ramai yang mempedulikan keberkatannya. Saya tidak menyuruh anda memboikot tetapi wajib prihatin terhadap status makanan kedai tersebut. Kenapa agaknya saya tidak mengizinkan anda membeli buah potong yang dijual bukan Islam. Ini adalah pengalaman saya:
  1. Mereka minum arak seperti bir tanpa segan silu, sampaikan kadang-kadang pembeli Muslim pun buat tak kisah.
  2. Mereka kadangkala berhadas kecil tanpa membasuh dengan bersih.
  3. Kita juga harus ingat mereka juga memakan makanan yang tidak halal seperti babi, katak dsb.
  4. Pakaian yang tidak menutup aurat.
Mungkin kalau sudah terpaksa atau buah-buahan yang diingini tidak ada di kedai Muslim, belilah dan potong sendiri sebab semestinya kita tak tahu sebelum ini pisau mereka digunakan untuk memotong apa. Contohnya anda berada di luar negara seperti China yang bermajoriti bukan Islam, kita beli buah atau bahan mentah yang halal tetapi potong sendiri, tiada masalah pun.

Memang ada segelintir orang Islam yang kurang penjagaan kebersihannya tetapi kita boleh menegur mereka dengan harapan mereka sedar dosa dan pahala. Kita juga banyak kelemahan seperti kurang mesra dengan senyuman, culas dengan zakat, tidak solat atau lambat, tidak kreatif maupun proaktif dsb.

Kuasa beli anda penting dalam mempertingkatkan ekonomi umat Islam.

Tempat Makan Yang Terpilih

Ada beberapa ciri yang aku pilih sebagai tempat terbaik untuk dikunjungi seperti harga yang berpatutan dan santai tetapi yang penting mesti sedap dan service tak lambat sangat. Berikut adalah senarai tempat-tempat makan yang aku rekomen:
  1. Batu Pahat - ABC depan Bas Stand, Mee Bandung Odeon
  2. Muar - Mee Bandung Pak Kassim dekat Maahad Muar, Makan malam di Bentayan, Makanan laut kat Sabak Awor
  3. Perlis - Makanan laut di Kuala Perlis, Masakan kampung dekat Mata Ayer
Ada banyak tempat makan BP yang popular macam beriyani gam dekat Peserai, asam pedas belakang KFC Jalan Zabedah tapi bukak pagi sahaja, cendol mamak kat pasar besar, sate dekat tepi sungai dsb tapi aku kurang minat sebab dah biasa makan dan tak berkeinginan sangat. Aku pun bukan rajin sangat makan luar kalau ka sini.

Kalau negeri-negeri lain biasanya aku singgah-singgah sahaja tapi tak ingat nama kedai. Kalau panjang umurnya aku post lah ye.

Mungkin untuk post yang seterusnya aku letak sekeping dua gambar sebagai bukti pembelian di kedai makan tersebut.