Alhamdulillah, saya berkesempatan ke China untuk mengikuti Summer School di First Institute of Oceanography, Qingdao. Pos kali ini adalah pengalaman mengenai makanan di China semasa bulan Ramadhan yang lalu. Seorang Muslim semestinya mementingkan sumber makanannya samada halal atau tidak. Terdapat banyak perkara yang tidak dapat dilupakan. Air minuman seperti air mineral dan jus oren mudah didapati. Pada mulanya, saya tak minum air bergas seperti Coca-Cola dan Pepsi sebab dikhuatiri ada sedikit alkohol tetapi sebab ia dihidangkan di restoran Muslim Cina, saya pun minum je.
Restoran yang halal?
Ada 2 restoran Cina yang halal satu berhadapan FIO, satu lagi lebih kurang 2,3 blok jauh. Restoran ini ada tulisan jawi yang membuatkan saya lebih berkeyakinan nak makan. Makanan seperti mee daging lebih kurang 12 Yuan (~RM 6) nasi goreng dengan jeruk sayur 10 Yuan. Pernah penganjur sediakan bankuet tetapi statusnya amat meragukan walaupun mereka meyakinkan ada makanan halal. Kalau ada jual babi dan tuntung, kura-kura dan babi itu tak halallah sedara. Apapun saya makan juga nasi berlaukkan sayur dan ikan sebab sudah terlalu lapar dan kedai Muslim itu sudah tutup.
Budaya minum teh hijau
Satu budaya yang diperhatikan adalah mereka gemar meminum teh hijau. Ramai di kalangan orang China membawa bekas air yang mengandungi teh di dalamnya. Ada banyak water filter dan air panas untuk memudahkan mereka sentiasa minum teh hijau. Tabik, tabik.
No comments:
Post a Comment