Wednesday, March 18, 2015

Nasihat Buat Newbie Trader

Assalamualaikum wbt

Terimalah nasihat saya yang tak seberapa ni :

  1. Carilah ilmu tak kira free atau berbayar, sekarang ni berlambak ilmu free masta2 bagi. Tetapi bagi yg kenakan cas yg mahal, tk perlu kita kutuk2 semerapu mana pun dan mungkin tak dapat diterima akal, condemn cukuplah. Tambahkan ilmu biar korang pulak yang bagi signal. Broker sekarang pun banyak sediakan kelas2 free.
  2. JANGAN bagi orang tradekan akaun korang, lebih - lebih lagi yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah. Nanti bila MC, dia padankan muka ko ada la, ramai kawan-kawan aku kena.
  3. JANGAN trade atau melabur melebihi USD 1K, modal 1k dah cukup mantap dalam akaun trading korang, banyak sangat duit lebih baik cari guru nak belajar trade. Itu belum cerita USD 10 jadi USD 10k dan kene cerita gak dari USD 10k jadi USD 0k,kiok,KO, MC. Mana korang nak, lebih baik modal sikit, korang ada ilmu, growkan.
  4. JANGAN melabur dalam broker yang meragukan macam GWG, mengarut, full stop.
  5. JANGAN melabur dalam satu broker sahaja dan JANGAN tabur semua modal korang dalam broker yang sama. Sebab kita tak tahu bila diorang akan bankrap, mcm Alpari etc. Ada untung withdraw je.

Itu semua faktor luaran je, faktor dalaman pulak adalah berkaitan dengan diri kita :

  1. Pastikan stail trading anda; jawab sendiri adakah anda jenis santai atau terdesak? Kalau jenis santai (H4, D1, W1) pilihlah TFS, DukunFx dan Piphijau. Kalau jenis terdesak (M5, M15, H1), guna SNR, Teknik Nombor, CSR etc.
  2. Mana - mana guru pun akan menasihatkan kita untuk mengawal emosi, yg jenis hentak full margin je kejenye, lebih baik korang blah sendiri.
  3. Study la dulu dan trade demo. Apepun kalau untung jangan rasa dah pandai, kalau rugi jangan putus asa. Untung atau rugi, carilah guru. Bak kata Pak Dukun, biarlah guru melahirkan guru. Itu sebab kena berguru, jangan rasa sombong ye.

Selamat Beramal.

1 comment:

  1. Halo, boleh saya minta kontak anda? bila anda berkenan, saya ingin mendiskusikan kerja sama. Terimakasih

    ReplyDelete