Wednesday, March 18, 2015

Nasihat Buat Newbie Trader

Assalamualaikum wbt

Terimalah nasihat saya yang tak seberapa ni :

  1. Carilah ilmu tak kira free atau berbayar, sekarang ni berlambak ilmu free masta2 bagi. Tetapi bagi yg kenakan cas yg mahal, tk perlu kita kutuk2 semerapu mana pun dan mungkin tak dapat diterima akal, condemn cukuplah. Tambahkan ilmu biar korang pulak yang bagi signal. Broker sekarang pun banyak sediakan kelas2 free.
  2. JANGAN bagi orang tradekan akaun korang, lebih - lebih lagi yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah. Nanti bila MC, dia padankan muka ko ada la, ramai kawan-kawan aku kena.
  3. JANGAN trade atau melabur melebihi USD 1K, modal 1k dah cukup mantap dalam akaun trading korang, banyak sangat duit lebih baik cari guru nak belajar trade. Itu belum cerita USD 10 jadi USD 10k dan kene cerita gak dari USD 10k jadi USD 0k,kiok,KO, MC. Mana korang nak, lebih baik modal sikit, korang ada ilmu, growkan.
  4. JANGAN melabur dalam broker yang meragukan macam GWG, mengarut, full stop.
  5. JANGAN melabur dalam satu broker sahaja dan JANGAN tabur semua modal korang dalam broker yang sama. Sebab kita tak tahu bila diorang akan bankrap, mcm Alpari etc. Ada untung withdraw je.

Itu semua faktor luaran je, faktor dalaman pulak adalah berkaitan dengan diri kita :

  1. Pastikan stail trading anda; jawab sendiri adakah anda jenis santai atau terdesak? Kalau jenis santai (H4, D1, W1) pilihlah TFS, DukunFx dan Piphijau. Kalau jenis terdesak (M5, M15, H1), guna SNR, Teknik Nombor, CSR etc.
  2. Mana - mana guru pun akan menasihatkan kita untuk mengawal emosi, yg jenis hentak full margin je kejenye, lebih baik korang blah sendiri.
  3. Study la dulu dan trade demo. Apepun kalau untung jangan rasa dah pandai, kalau rugi jangan putus asa. Untung atau rugi, carilah guru. Bak kata Pak Dukun, biarlah guru melahirkan guru. Itu sebab kena berguru, jangan rasa sombong ye.

Selamat Beramal.

Ilmu Stop Loss

Assalamualaikum wbt.

Kenapa ilmu Stop Loss penting? Pada saya ilmu ni sangat penting sbb ia adalah garisan antara anda berjudi atau berdagang dengan modal trading anda. Tak semestinya SL tu anda set di MT 4, set dalam kepala pun takpe, janganlah dibiarkan sahaja. Berikut adalah beberapa cara SL :


  1. 50 pip SL dicadangkan oleh TFS, untung mesti melebihi loss
  2. 100 pip SL oleh Dukun, asalkan  TP > SL, contoh TP 100 - 400 pips
  3. Tiada SL tetapi cut loss kalau reversal dah berlaku, TP secukup rasa.
Kelemahan jika tak set SL di MT 4 :

Jika anda tertidur dan ter ter yang lain, market yang reverse atau major retrace akan MCkan anda.

50 pips SL tu pun dah banyak, kalau modal besar boleh je menahan tapi kalau akaun kecik ni saya cadangkan jgn lebih 20 pips. Lebih baik Limit Order (Buy & Sell Limit) lain. Sekian.

Analisis Gold

Assalamualaikum wbt.

Pos kali ni simple je, berikut adalah analisis pergerakan nombor Gold mengikut TF H4 :
  1. Sell Entry 1307 pada 22/1/2015 21:00, TP 1 = 1153 dah hit 11/3/2015 17:00, TP 2 = 753 
  2. Sell Entry 1222 pada 2/3/2015 05:00, TP 1 = 1088, TP 2 = 888
  3. Sell Entry 1166 pada 12/3/2015 09:00, TP dah hit 1144 17/3/2015 13:00
Kalau mengikut analisis nombor ini sahaja, selagi belum ada reversal, Gold sepatutnya hit 753 & 888 atau dalam bahasa mudahnya masih major downtrend. Namun ada tanda - tanda reversal nak buy semula, so kena trade hati - hati. Ini sekadar pendapat peribadi, Gold sedang sideways di kawasan 1155. Trading jenis hold lama-lama ni, sesuai kalau kita hold satu position je, yg lain makan scalping je 2 hala. 

Untuk trade news malam ni, jangkaannya USD menguat yang akan menyebabkan harga gold turun. jadinya:

Sell Limit Gold= 1159 & 1154, SL 1162 & 1157 ; TP 1132 @ 1111 @ 888 @ 753

SL ni kalau news dia langgar je, maknanya kalau dah kena tu close je manually. News malam ni rasanya 8 kali je setahun, so mmg high impact. 2 SL pada saya penting, sbb lebih baik minimumkan kerugian supaya kita dapat pasang lot lebih besar di 1159.

TP 1111 bersandarkan harga emas sebenar (perlukan kajian)

TP 1132 bersandarkan SNR Izzat & Mr Hugo

Selamat Mengkaji & Mencuba.

Saturday, March 14, 2015

Guru Forex

Assalamualaikum

Dalam pos kali ini saya nak merakamkam setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala curahan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Ada seorang yang saya masih tuntut modal sebab MCkan akaun trading, tapi atas dasar menghormati guru, saya tetap ucapkan terima kasih. Setiap guru ada kelebihan, gaya dan had masing - masing yang akan saya cuba simpulkan disini. Saya hanya dapat tangkap ilmu - ilmu penting bagi setiap guru yang berbeza yang terkesan dalam cara trading saya. Berikut adalah antara guru forex selama 7 bulan dari saya bersantai - santai sehingga saya ambil keputusan untuk serius dalam bidang ini: 

  1. Along Zubir - 3 shadows Zubir adalah indicator yang paling mudah dan berkesan pada saya. Selain itu Fibo Retracement pun bagus tapi masih belum digunakan ke tahap optimum lagi.
  2. Karkersz Zulhakim - Walaupun ada isu dgn dia ni, ilmu dia ada kebenarannya dari segi pergerakan nombor tapi ingat takda money management ye, FULL MARGIN dan MC. Ia kekurangan details dan execution yang betul. Teknik ni tak boleh menjawab bila boleh apply cuma boleh dijadikan bahan kajian je kalau tak gabung dgn teknik lain. Masa PC dgn dia pernah tgk grow acc. modal 1K USD kepada 10K USD dalam masa 2 jam. Masa MC pun selalu tgk gak.
  3. SNR M15 + CSR - diajar oleh saudara Ahmad Shahir lepas dia berguru dgn sifu forex di area KL. Dari sini saya sedar keperluan SNR dan betapa powerfulnya Candlestick Reversal dalam forex trading. Dia berjaya buat 100 USD kepada 10K USD dalam masa 3 hari pada percubaan pertamanya.
  4. Teknik Forex Sebenar Khalid - teknik ni bagus untuk sesiapa yang berduit dan newbie, lebih baik jangan belajar ilmu lain selagi ko belum banyak profit, nanti pening macam aku sbb bnyk sangat yg dah belajar. Dari dia aku belajar teori minimum loss, 2 times profit. Analisis tak lebih sejam setiap hari.
  5. News Trading - sebelum ni masa news aku selalu elak trading. tapi disebabkan keberanian bro Aryz dan Izzat Naimullah trade based on news, aku pun teruskanlah trade tak kira news apa pun. Izzat sanggup topup untuk kuatkan margin di atas keyakinannya pair tersebut akan pergi juga ke tempat yang dituju. Dari situ keyakinan aku untuk trade masa news datang.
  6. Dukunfx - semoga dirahmati bro dukun, nama sebenar pun lupa nak tanya. dia ajar free je. Cuma belanja makan masa jumpa dia. Dari dia aku dapat ilmu tengok history mana-mana pair paling kurang 6 bulan yang lepas. Yang terbaiknya, analisis seminggu sekali je beb. 
  7. Hugo Melandres - kenal daripada Izzat - SNR dia memang power, masih kaji lagi.

Kesimpulannya, aku cuba ambik yang terbaik dari setiap sifu untuk gaya trade tersendiri. Diorang dah berjaya, doakan aku juga. Nanti aku release ilmu diorang dalam pos yang lain.