Saturday, April 18, 2015

50 % Price Break

Assalamualaikum wbt

50 % Price break pada Daily Candle sahaja
Menurut Mario Pashardes semasa Seminar Xm yang lepas, price yang break 50 % daripada full body candle yang lepas pasti akan meneruskan perjalanannya. Sekiranya ia tidak close 50% daripada full body tersebut, price akan berlawanan seperti kes di atas. 43% daripada cubaan dia berjaya.

Saya banyak menggunakan Gold sebab kebanyakan ilmu menuruti perjalanan harga Gold. Sekarang sedang mendalami ilmu dari Compression Master. Mula - mula pening gak belajar dengan banyak guru ni, tapi lama kelamaan dah ok sebab kita hanya ambik yang kita rasakan terbaik bagi setiap guru.

Ingat sekarang slogan SL kita <10 pips atau takda langsung.

Selamat Mengkaji

E Book Teknik Nombor Percuma

Asslamualaikum wbt

TERKINI : Disebabkan ada permintaan yang agak menggalakkan add FB baru saya, mungkin harini atau esok saya akan upload di FB dan mudah untuk anda download :

Tariq Forex

Semua analisis dan pebincangan akan dipos secara berkala.

Ianya adalah berdasarkan kefahaman dan ilmu yang penulis dapat semasa PC 10/2014 dulu. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat sudah cukup.

Terdapat teknik baru yang sedang hangat dan percuma juga. Add di facebook:

Compression Master

Selamat Mengkaji




3 Shadows + Teknik Nombor

Assalamualaikum wbt

3 Shadows + Teknik Nombor

Ada beberapa contoh penggabungan Teknik Nombor dan 3 Shadows di dalam Forex. Ada beberapa pra-syarat atau tips yang menandakan sesuatu ilmu itu berkesan atau tidak :


  1. Tempoh untuk mencapai TP adalah lebih singkat atau mestilah mendadak jika dibandingkan dengan TF tertentu. Dalam kes ini, ia berlaku dalam masa sehari.
  2. Volume adalah sangat besar atau mesti melebihi 100 pips. Untuk kes ini = 444 pips.
  3. Jika anda perhatikan SL tidak melebihi 10 pips selepas Doji terbentuk. Dalam keadaan ini, kita boleh Full Margin dan SL mestilah kurang 10 pips sebagai tanda bahawa harga sepatutnya terbang ke tanda aras analisis kita.
  4. Dalam keadaan ini, sesuai untuk anda layer buy pada TF yang lebih kecil contohnya M15. Kita mestilah entry new layer apabila harga retrace sebentar bukan ketika price sedang naik bagi mengurangkan risiko.
Selamat Mengkaji.

Wednesday, March 18, 2015

Nasihat Buat Newbie Trader

Assalamualaikum wbt

Terimalah nasihat saya yang tak seberapa ni :

  1. Carilah ilmu tak kira free atau berbayar, sekarang ni berlambak ilmu free masta2 bagi. Tetapi bagi yg kenakan cas yg mahal, tk perlu kita kutuk2 semerapu mana pun dan mungkin tak dapat diterima akal, condemn cukuplah. Tambahkan ilmu biar korang pulak yang bagi signal. Broker sekarang pun banyak sediakan kelas2 free.
  2. JANGAN bagi orang tradekan akaun korang, lebih - lebih lagi yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah. Nanti bila MC, dia padankan muka ko ada la, ramai kawan-kawan aku kena.
  3. JANGAN trade atau melabur melebihi USD 1K, modal 1k dah cukup mantap dalam akaun trading korang, banyak sangat duit lebih baik cari guru nak belajar trade. Itu belum cerita USD 10 jadi USD 10k dan kene cerita gak dari USD 10k jadi USD 0k,kiok,KO, MC. Mana korang nak, lebih baik modal sikit, korang ada ilmu, growkan.
  4. JANGAN melabur dalam broker yang meragukan macam GWG, mengarut, full stop.
  5. JANGAN melabur dalam satu broker sahaja dan JANGAN tabur semua modal korang dalam broker yang sama. Sebab kita tak tahu bila diorang akan bankrap, mcm Alpari etc. Ada untung withdraw je.

Itu semua faktor luaran je, faktor dalaman pulak adalah berkaitan dengan diri kita :

  1. Pastikan stail trading anda; jawab sendiri adakah anda jenis santai atau terdesak? Kalau jenis santai (H4, D1, W1) pilihlah TFS, DukunFx dan Piphijau. Kalau jenis terdesak (M5, M15, H1), guna SNR, Teknik Nombor, CSR etc.
  2. Mana - mana guru pun akan menasihatkan kita untuk mengawal emosi, yg jenis hentak full margin je kejenye, lebih baik korang blah sendiri.
  3. Study la dulu dan trade demo. Apepun kalau untung jangan rasa dah pandai, kalau rugi jangan putus asa. Untung atau rugi, carilah guru. Bak kata Pak Dukun, biarlah guru melahirkan guru. Itu sebab kena berguru, jangan rasa sombong ye.

Selamat Beramal.

Ilmu Stop Loss

Assalamualaikum wbt.

Kenapa ilmu Stop Loss penting? Pada saya ilmu ni sangat penting sbb ia adalah garisan antara anda berjudi atau berdagang dengan modal trading anda. Tak semestinya SL tu anda set di MT 4, set dalam kepala pun takpe, janganlah dibiarkan sahaja. Berikut adalah beberapa cara SL :


  1. 50 pip SL dicadangkan oleh TFS, untung mesti melebihi loss
  2. 100 pip SL oleh Dukun, asalkan  TP > SL, contoh TP 100 - 400 pips
  3. Tiada SL tetapi cut loss kalau reversal dah berlaku, TP secukup rasa.
Kelemahan jika tak set SL di MT 4 :

Jika anda tertidur dan ter ter yang lain, market yang reverse atau major retrace akan MCkan anda.

50 pips SL tu pun dah banyak, kalau modal besar boleh je menahan tapi kalau akaun kecik ni saya cadangkan jgn lebih 20 pips. Lebih baik Limit Order (Buy & Sell Limit) lain. Sekian.

Analisis Gold

Assalamualaikum wbt.

Pos kali ni simple je, berikut adalah analisis pergerakan nombor Gold mengikut TF H4 :
  1. Sell Entry 1307 pada 22/1/2015 21:00, TP 1 = 1153 dah hit 11/3/2015 17:00, TP 2 = 753 
  2. Sell Entry 1222 pada 2/3/2015 05:00, TP 1 = 1088, TP 2 = 888
  3. Sell Entry 1166 pada 12/3/2015 09:00, TP dah hit 1144 17/3/2015 13:00
Kalau mengikut analisis nombor ini sahaja, selagi belum ada reversal, Gold sepatutnya hit 753 & 888 atau dalam bahasa mudahnya masih major downtrend. Namun ada tanda - tanda reversal nak buy semula, so kena trade hati - hati. Ini sekadar pendapat peribadi, Gold sedang sideways di kawasan 1155. Trading jenis hold lama-lama ni, sesuai kalau kita hold satu position je, yg lain makan scalping je 2 hala. 

Untuk trade news malam ni, jangkaannya USD menguat yang akan menyebabkan harga gold turun. jadinya:

Sell Limit Gold= 1159 & 1154, SL 1162 & 1157 ; TP 1132 @ 1111 @ 888 @ 753

SL ni kalau news dia langgar je, maknanya kalau dah kena tu close je manually. News malam ni rasanya 8 kali je setahun, so mmg high impact. 2 SL pada saya penting, sbb lebih baik minimumkan kerugian supaya kita dapat pasang lot lebih besar di 1159.

TP 1111 bersandarkan harga emas sebenar (perlukan kajian)

TP 1132 bersandarkan SNR Izzat & Mr Hugo

Selamat Mengkaji & Mencuba.

Saturday, March 14, 2015

Guru Forex

Assalamualaikum

Dalam pos kali ini saya nak merakamkam setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala curahan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Ada seorang yang saya masih tuntut modal sebab MCkan akaun trading, tapi atas dasar menghormati guru, saya tetap ucapkan terima kasih. Setiap guru ada kelebihan, gaya dan had masing - masing yang akan saya cuba simpulkan disini. Saya hanya dapat tangkap ilmu - ilmu penting bagi setiap guru yang berbeza yang terkesan dalam cara trading saya. Berikut adalah antara guru forex selama 7 bulan dari saya bersantai - santai sehingga saya ambil keputusan untuk serius dalam bidang ini: 

  1. Along Zubir - 3 shadows Zubir adalah indicator yang paling mudah dan berkesan pada saya. Selain itu Fibo Retracement pun bagus tapi masih belum digunakan ke tahap optimum lagi.
  2. Karkersz Zulhakim - Walaupun ada isu dgn dia ni, ilmu dia ada kebenarannya dari segi pergerakan nombor tapi ingat takda money management ye, FULL MARGIN dan MC. Ia kekurangan details dan execution yang betul. Teknik ni tak boleh menjawab bila boleh apply cuma boleh dijadikan bahan kajian je kalau tak gabung dgn teknik lain. Masa PC dgn dia pernah tgk grow acc. modal 1K USD kepada 10K USD dalam masa 2 jam. Masa MC pun selalu tgk gak.
  3. SNR M15 + CSR - diajar oleh saudara Ahmad Shahir lepas dia berguru dgn sifu forex di area KL. Dari sini saya sedar keperluan SNR dan betapa powerfulnya Candlestick Reversal dalam forex trading. Dia berjaya buat 100 USD kepada 10K USD dalam masa 3 hari pada percubaan pertamanya.
  4. Teknik Forex Sebenar Khalid - teknik ni bagus untuk sesiapa yang berduit dan newbie, lebih baik jangan belajar ilmu lain selagi ko belum banyak profit, nanti pening macam aku sbb bnyk sangat yg dah belajar. Dari dia aku belajar teori minimum loss, 2 times profit. Analisis tak lebih sejam setiap hari.
  5. News Trading - sebelum ni masa news aku selalu elak trading. tapi disebabkan keberanian bro Aryz dan Izzat Naimullah trade based on news, aku pun teruskanlah trade tak kira news apa pun. Izzat sanggup topup untuk kuatkan margin di atas keyakinannya pair tersebut akan pergi juga ke tempat yang dituju. Dari situ keyakinan aku untuk trade masa news datang.
  6. Dukunfx - semoga dirahmati bro dukun, nama sebenar pun lupa nak tanya. dia ajar free je. Cuma belanja makan masa jumpa dia. Dari dia aku dapat ilmu tengok history mana-mana pair paling kurang 6 bulan yang lepas. Yang terbaiknya, analisis seminggu sekali je beb. 
  7. Hugo Melandres - kenal daripada Izzat - SNR dia memang power, masih kaji lagi.

Kesimpulannya, aku cuba ambik yang terbaik dari setiap sifu untuk gaya trade tersendiri. Diorang dah berjaya, doakan aku juga. Nanti aku release ilmu diorang dalam pos yang lain.

Wednesday, January 7, 2015

Pair CHFJPY

Assalamualaikum.

Mood trading sekarang agak baik sebab macam ada tanda-tanda positif akaun GWG boleh withdraw Profit, dan dari petang semalam sampai pukul 11 mlm, pair CHFJPY membuahkan hasil yang bagus. Wife trade akaun dia dan kami membuat kesimpulan :


  1. Cari pair yang spread rendah sebab kalau pergerakan ~ 10 pip pun dah untung besar kalau entry dgn lot besar. Pair JPY kebanyakannya spread kecik.
  2. Trade 2 hala bermaksud, bila nombor kat atas kita pasang sell, bila nombor plg bawah kita pasang buy, boleh dapat 1k sekali trade. Close setiap kali dapat untung dan pasang lain pulak.
  3. Pair yang spread tinggi macam Gold memang susah nak untung mcm pair spread kecik melainkan ada trend buy atau sell yang besar. Kebetulan pair ni turun naik cepat dalam satu candle H1, sbb tu boleh makan 2 hala.
Harini nak cuba topup acc XM, dan cari spread kecik tapi aktif, Selamat Mencuba. Walaupun kadangkala putus harapan dgn GWG, doakanlah ia pulih sbb ramai yang teraniaya kalau dia lingkup.

Monday, January 5, 2015

Week 1

Gold
  1. Gold telah menyebabkan saya MC 2 hari ni, ia seolah-olah melanggar hukum Rakan Angka.
  2. Trading gold memang memberikan risiko yang tinggi tetapi pulangan yang lumayan.
  3. Mana - mana analisis adalah betul, namun kita perlu realistik terhadap ketidakketahuan mengenai pasaran nyata. Jadi biasakan entry mengikut pegangan ilmu kita bukan semberono.
  4. Panduan untuk traders, berdasarkan pemerhatian :
  • Open dan Entry Sell di 119 sila set TP di 117 
  • Open dan Entry Sell di 118 sila set TP di 116
  • Kalau 119 berhenti di 118, ia akan Buy ke 120
Pair Lain
  1. Pair lain lebih mematuhi hukum Rakan Angka
  2. Secara teorinya, utk pasaran seminggu, Hari Isnin dan Jumaat adalah waktu pasaran menunjukkan perubahan Sell atau Buy yang jelas. Jadi pada pertengahan minggu, pasaran mengalami jiwa kacau.

* HINT : Berita Ahad 4/1/2015 mengatakan Eropah bakal menghadapi krisis kewangan terburuk sejak 2010, open market Isnin adalah kesannya. Jadi pengajarannya?
  • Bangun Subuh awal, tgk pair EUR, GBP dan seumpamanya seawal 6:00 pagi, haritu bangun 6:15 pagi.
  • Cuba layari berita hari Jumaat utk menjangka trend market minggu hadapan. Jadi kita boleh siap -siap set Buy Stop atau Sell Stop, bila trigger ada untung.


Saturday, January 3, 2015

Case Study GOLD

Case Study GOLD
1.      23/12/2014 – XM USD 10 Profit USD 80, Lot 0.03
-         Nasihat utk layer Sell, 1194 – 1189 – 1184 – 1179, Profit 45.42 – 32.97 – 0 – 1.35
-         Lot sepatutnya makin kecil untuk elak loss banyak akibat retrace cth 0.03 – 0.01
2.      Cuti Krismas 2014 – H1 dalam position Buy, tapi tga hold Sell 1174.73 & 1177.34 sebelum cuti – Candle baru melompat ke Jackpot Buy, O = 1184.98.
-         XM USD 10 holding position Sell 0.03, 1174 & 1177 – 1185, Loss ~ USD 50
-         Dah Withdraw Profit USD 80 sebelum cuti, XM proses sekejap ja tapi 5 hari baru Mastercard masukkn dlm Maybank.
-         Lepas ni kalau ada keadaan mcmni lg, nak pasang Buy Stop.
3.      Awal tahun 2015 – Jangkaan Buy Daily, tapi ada Daily Jackpot Sell dulu lepas tu Jp Buy dalam ~ 8 jam. O = 118+.++, H = 119+.++, L = 116+.++
-         Acc XM USD 5 Profit USD 16 : Buy Lot 0.01, 1176.69 – 1191.45
-         Acc GWG USD 1500 Loss 1200 : Buy Lot 0.73, 1187.74 – 1170.12


P/S – Acc GWG takda makna tapi dah ada, trade ja namun aku akui Loss tetap Loss