Wednesday, February 1, 2017

Price Imbalance oleh Sam Seiden

Assalamualaikum,

Saya galakkan tuan - tuan untuk menggoogle atau mencari bahan bacaan mengenai Price Imbalance oleh Sam Seiden. Dari situ kita boleh mengkaji kecairan (liquidity) harga dalam satu - satu masa sangat laju. Kita juga boleh memasang Pending Order (PO) dengan SL yang minima di poin Fail To Return (FTR).

Selamat Mengkaji.

PO H4 pucuk tapi TP di H1. Price lepas tu shoot up semula. Itu antara cabarannya, mencari TP yang tepat.

Kotak hijau menandakan Price Imbalance dari Buy kepada Sell. Price yang ditanda arrow adalah open candle daily hari tersebut yang seolah - olah menidakkan poin untuk sell semula di Price Imbalance tadi. Perlu diingatkan market selalunya aktif ketika masa pasaran Eropah mula aktif sekitar 2.00 ptg waktu Malaysia. FTR adalah poin di mana anda PO lebih rendah dari aras Price Imbalance tadi, sebab itulah cukup untuk SL 10 pips sahaja. PO anda hanya boleh dibuat selepas candle H4 (pukul 2.00 ptg bagi XM) tutup. 

Konsep yang perlu difahami adalah Price Imbalance, FTR, PO selepas pukul 2.00 petang, dan TP di zon SND.


Saturday, April 18, 2015

50 % Price Break

Assalamualaikum wbt

50 % Price break pada Daily Candle sahaja
Menurut Mario Pashardes semasa Seminar Xm yang lepas, price yang break 50 % daripada full body candle yang lepas pasti akan meneruskan perjalanannya. Sekiranya ia tidak close 50% daripada full body tersebut, price akan berlawanan seperti kes di atas. 43% daripada cubaan dia berjaya.

Saya banyak menggunakan Gold sebab kebanyakan ilmu menuruti perjalanan harga Gold. Sekarang sedang mendalami ilmu dari Compression Master. Mula - mula pening gak belajar dengan banyak guru ni, tapi lama kelamaan dah ok sebab kita hanya ambik yang kita rasakan terbaik bagi setiap guru.

Ingat sekarang slogan SL kita <10 pips atau takda langsung.

Selamat Mengkaji

E Book Teknik Nombor Percuma

Asslamualaikum wbt

TERKINI : Disebabkan ada permintaan yang agak menggalakkan add FB baru saya, mungkin harini atau esok saya akan upload di FB dan mudah untuk anda download :

Tariq Forex

Semua analisis dan pebincangan akan dipos secara berkala.

Ianya adalah berdasarkan kefahaman dan ilmu yang penulis dapat semasa PC 10/2014 dulu. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat sudah cukup.

Terdapat teknik baru yang sedang hangat dan percuma juga. Add di facebook:

Compression Master

Selamat Mengkaji




3 Shadows + Teknik Nombor

Assalamualaikum wbt

3 Shadows + Teknik Nombor

Ada beberapa contoh penggabungan Teknik Nombor dan 3 Shadows di dalam Forex. Ada beberapa pra-syarat atau tips yang menandakan sesuatu ilmu itu berkesan atau tidak :


  1. Tempoh untuk mencapai TP adalah lebih singkat atau mestilah mendadak jika dibandingkan dengan TF tertentu. Dalam kes ini, ia berlaku dalam masa sehari.
  2. Volume adalah sangat besar atau mesti melebihi 100 pips. Untuk kes ini = 444 pips.
  3. Jika anda perhatikan SL tidak melebihi 10 pips selepas Doji terbentuk. Dalam keadaan ini, kita boleh Full Margin dan SL mestilah kurang 10 pips sebagai tanda bahawa harga sepatutnya terbang ke tanda aras analisis kita.
  4. Dalam keadaan ini, sesuai untuk anda layer buy pada TF yang lebih kecil contohnya M15. Kita mestilah entry new layer apabila harga retrace sebentar bukan ketika price sedang naik bagi mengurangkan risiko.
Selamat Mengkaji.

Wednesday, March 18, 2015

Nasihat Buat Newbie Trader

Assalamualaikum wbt

Terimalah nasihat saya yang tak seberapa ni :

  1. Carilah ilmu tak kira free atau berbayar, sekarang ni berlambak ilmu free masta2 bagi. Tetapi bagi yg kenakan cas yg mahal, tk perlu kita kutuk2 semerapu mana pun dan mungkin tak dapat diterima akal, condemn cukuplah. Tambahkan ilmu biar korang pulak yang bagi signal. Broker sekarang pun banyak sediakan kelas2 free.
  2. JANGAN bagi orang tradekan akaun korang, lebih - lebih lagi yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah. Nanti bila MC, dia padankan muka ko ada la, ramai kawan-kawan aku kena.
  3. JANGAN trade atau melabur melebihi USD 1K, modal 1k dah cukup mantap dalam akaun trading korang, banyak sangat duit lebih baik cari guru nak belajar trade. Itu belum cerita USD 10 jadi USD 10k dan kene cerita gak dari USD 10k jadi USD 0k,kiok,KO, MC. Mana korang nak, lebih baik modal sikit, korang ada ilmu, growkan.
  4. JANGAN melabur dalam broker yang meragukan macam GWG, mengarut, full stop.
  5. JANGAN melabur dalam satu broker sahaja dan JANGAN tabur semua modal korang dalam broker yang sama. Sebab kita tak tahu bila diorang akan bankrap, mcm Alpari etc. Ada untung withdraw je.

Itu semua faktor luaran je, faktor dalaman pulak adalah berkaitan dengan diri kita :

  1. Pastikan stail trading anda; jawab sendiri adakah anda jenis santai atau terdesak? Kalau jenis santai (H4, D1, W1) pilihlah TFS, DukunFx dan Piphijau. Kalau jenis terdesak (M5, M15, H1), guna SNR, Teknik Nombor, CSR etc.
  2. Mana - mana guru pun akan menasihatkan kita untuk mengawal emosi, yg jenis hentak full margin je kejenye, lebih baik korang blah sendiri.
  3. Study la dulu dan trade demo. Apepun kalau untung jangan rasa dah pandai, kalau rugi jangan putus asa. Untung atau rugi, carilah guru. Bak kata Pak Dukun, biarlah guru melahirkan guru. Itu sebab kena berguru, jangan rasa sombong ye.

Selamat Beramal.

Ilmu Stop Loss

Assalamualaikum wbt.

Kenapa ilmu Stop Loss penting? Pada saya ilmu ni sangat penting sbb ia adalah garisan antara anda berjudi atau berdagang dengan modal trading anda. Tak semestinya SL tu anda set di MT 4, set dalam kepala pun takpe, janganlah dibiarkan sahaja. Berikut adalah beberapa cara SL :


  1. 50 pip SL dicadangkan oleh TFS, untung mesti melebihi loss
  2. 100 pip SL oleh Dukun, asalkan  TP > SL, contoh TP 100 - 400 pips
  3. Tiada SL tetapi cut loss kalau reversal dah berlaku, TP secukup rasa.
Kelemahan jika tak set SL di MT 4 :

Jika anda tertidur dan ter ter yang lain, market yang reverse atau major retrace akan MCkan anda.

50 pips SL tu pun dah banyak, kalau modal besar boleh je menahan tapi kalau akaun kecik ni saya cadangkan jgn lebih 20 pips. Lebih baik Limit Order (Buy & Sell Limit) lain. Sekian.

Analisis Gold

Assalamualaikum wbt.

Pos kali ni simple je, berikut adalah analisis pergerakan nombor Gold mengikut TF H4 :
  1. Sell Entry 1307 pada 22/1/2015 21:00, TP 1 = 1153 dah hit 11/3/2015 17:00, TP 2 = 753 
  2. Sell Entry 1222 pada 2/3/2015 05:00, TP 1 = 1088, TP 2 = 888
  3. Sell Entry 1166 pada 12/3/2015 09:00, TP dah hit 1144 17/3/2015 13:00
Kalau mengikut analisis nombor ini sahaja, selagi belum ada reversal, Gold sepatutnya hit 753 & 888 atau dalam bahasa mudahnya masih major downtrend. Namun ada tanda - tanda reversal nak buy semula, so kena trade hati - hati. Ini sekadar pendapat peribadi, Gold sedang sideways di kawasan 1155. Trading jenis hold lama-lama ni, sesuai kalau kita hold satu position je, yg lain makan scalping je 2 hala. 

Untuk trade news malam ni, jangkaannya USD menguat yang akan menyebabkan harga gold turun. jadinya:

Sell Limit Gold= 1159 & 1154, SL 1162 & 1157 ; TP 1132 @ 1111 @ 888 @ 753

SL ni kalau news dia langgar je, maknanya kalau dah kena tu close je manually. News malam ni rasanya 8 kali je setahun, so mmg high impact. 2 SL pada saya penting, sbb lebih baik minimumkan kerugian supaya kita dapat pasang lot lebih besar di 1159.

TP 1111 bersandarkan harga emas sebenar (perlukan kajian)

TP 1132 bersandarkan SNR Izzat & Mr Hugo

Selamat Mengkaji & Mencuba.